Parti Gerakan bersetuju menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalinkan kerjasama dalam usaha membanteras rasuah.
Semua penyelaras (calon) yang bakal bertanding pada PRU-14 perlu melalui dan lulus dalam proses tapisan yang dikendali oleh pihak SPRM bagi memastikan integriti dan ketelusan pencalonan.